Sebelum Google memperkenalkan aplikasi Gemini untuk iPhone, pengguna hanya boleh mengakses chatbot AI ini melalui aplikasi Google. Di dalam aplikasi ini, Google menawarkan suis untuk tukar antara mod Google ke mod Gemini. Selain itu, pengguna iOS turut boleh mengakses Gemini terus pada widget Chrome. Terbaru, sokongan Gemini pada aplikasi Google untuk iOS akan ditamatkan.

Dengan fokus kepada penggunaan aplikasi tersendiri sahaja, aplikasi Google kelak akan kembali berubah menjadi sediakala. Terus pada aplikasi ini, pengguna turut boleh menggunakan ciri seperti Gemini Live, muat naik fail, melakukan kajian dengan Deep Research, atau turut menggunakan Gemini Extensions.
Google Gemini adalah percuma untuk digunakan. Namun untuk kuasa pemprosesan lebih pantas, menggunakan ciri lebih menarik dan untuk mendapatkan pengalaman lengkap – pengguna perlu melanggan pelan Google One AI Premium yang bermula pada RM97.99 sebulan.