Tahun ini, TECNO akan membuka reruai tersendiri di MWC Barcelona 2025 dan empat produk baharu telah diacah di laman MWC sendiri. Keempat-empat ini dijangka akan diperlihatkan di acara sana minggu hadapan selain dan salah satu produk ini mungkin akan dijual di Malaysia tidak lama lagi.

Berdasarkan imej yang dikongsi, TECNO AI adalah teknologi utama yang menjadi penarikan kepada empat produk baharu ini. TECNO dilihat akan melancarkan laptop baharu, telefon pintar di bawah siri CAMON 40 dan juga kaca mata AI yang mungkin akan menjadi pesaing kepada Meta Ray-Ban.

TECNO Image Matrix (TIM), iaitu “otak” kepada teknologi AI pengimejan mereka, EVS Dynamic Shot yang merupakan teknologi penstabilan imej tersendiri, Tap Any Zoom Dual Prism Telephoto untuk teknologi zum, TECNO Algorithm Process Stack kaedah pemprosesan imej lebih efisien dan pantas serta AI UT (Universal Tone) adalah antara teknologi AI yang akan diperlihatkan di acara MWC 2025.
Turut menjadi tanda tanya adalah, adakah TECNO turut akan menyertakan model bahasa raya DeepSeek R1 pada peranti mereka sama seperti peranti Transsion lain iaitu Infinix. Sama-sama kita nantikan.