Carian
Loceng Pintu Dengan Face ID Oleh Apple Mungkin Boleh Dicas Dengan MagSafe
February 26, 2025 Fahim Zahar

Tahun lepas, Apple dilaporkan sedang membangunkan produk loceng pintu pintar dengan teknologi pengecaman wajah – mungkin Face ID. Ia adalah untuk menyahkunci pintu rumah atau bilik, yang dijangka ingin bersaing dengan Nest di bawah Google. Terbaru, loceng pintu ini mungkin akan menjadi pesaing kepada Nest Doorbell (battery).

Loceng pintu ini dikatakan akan menyokong teknologi pengecasan nirwayar magnetik MagSafe. Ini mencadangkan, Apple mungkin akan menyertakan bateri terbina dan adalah loceng pintu pintar jenis tidak memerlukan sebarang wayar atau menebuk lubang. Butiran mengenai penggunaan MagSafe ini masih tidak jelas. Boleh jadi, Apple menemui jalan untuk memasang loceng pintu ini menggunakan MagSafe sahaja.

Apple dikatakan akan mula fokus kepada produk peranti Internet benda untuk rumah. Mereka mungkin ingin mengembangkan penggunaan Apple HomeKit dan Matter kerana melihat kejayaan Google bersama Nest. Setakat ini, Apple dilaporkan akan hadir dengan skrin pintar dengan rekaan ikonik dan sejenis produk dengan tangan robot. Sama-sama kita nantikan.

Komen