Carian
Opera One Kini Mengintegrasikan Bluesky, Discord, dan Slack Pada Pelayar Web
February 26, 2025 Effi Saharudin

Pelayar web Opera One telah dikemaskini dengan integrasi Bluesky, Discord, dan Slack terus ke talam sidebar. Dengan ini ketiga-tiga platform boleh diakses secara setempat tanpa memerlukan pengguna membuka tab ataupun aplikasi tambahan pada komputer. Integrasi dilakukan Opera selepas menerima maklum balas pengguna Opera One yang ingin memudahkan tugas menguruskan pelbagai platform pemesejan.

Sidebar ialah menu pada sisi kiri skrin setiap kali Opera One dilancarkan. Sebelum ini ia telah menyokong integrasi WhatsApp, Messenger, Instagram, Telegram, TikTok dan X. Integrasi pelbagai platform media sosial dan pemesejan bukanlah idea baharu. Ia dipelopori oleh pelayar web RockMelt pada tahun 2009 sebelum pembangunannya dihentikan pada tahun 2013 selepas diambil alih oleh Yahoo.

Bagi mereka yang mencari pelayar web yang lebih ringan dan mementingkan kesihatan mental pula, Opera Air turut ditawarkan oleh Opera. Opera Air memberikan peringatan untuk melakukan meditasi, mengambil waktu berehat dan mengajar pengguna untuk mengatur pernafasan sebelum bertarung dengan musang tua.

Komen