Carian
TECNO PolarAce 2.0 Adalah Cip Pemprosesan Pengimejan AI Tersendiri
March 4, 2025 Fahim Zahar

Acara pelancaran TECNO untuk MWC Barcelona 2025 kini sedang berlangsung. Banyak peranti yang akan dilancarkan, tetapi TECNO tidak lupa untuk mengumumkan yang mereka kini mula menggunakan cip pemprosesan pengimejan tersendiri untuk memproses ciri-ciri AI baharu mereka.

TECNO PolarAce 2.0 adalah cip ini. Ia mempunyai kuasa yang cukup tinggi iaitu 5.5TFLOPS@FP16, mempunyai kadar penstabilan bingkai sehingga 99.99%, dilengkapi dengan ciri NeuroNR Turbo dan mempunyai kuasa pengkomputeran 20% lebih tinggi berbanding cip lain yang tidak didedahkan.

Cip ini turut bertanggungjawab untuk mengendalikan sensor 2MP SpectralVision untuk menghasilkan warna yang paling tepat. Bukan itu sahaja, teknologi Universal Tone mereka iaitu algoritma untuk memastikan pemprosesan warna kulit manusia bersifat adil turut dibolehkan dengan bantuan cip ini.

TECNO berkongsi yang peranti mereka bermula tahun ini akan menyertakan cip PolarAce 2.0 untuk memastikan pengguna akan menerima pengalaman penggunaan kamera terbaik untuk peranti kelas pertengahan.

Komen