Carian
Apple App Store Mula Menguji Paparan Ulasan Aplikasi Yang Diringkaskan AI
March 6, 2025 Fahim Zahar

Apple App Store sejak tahun lepas secara berperingkat mula menawarkan beberapa ciri kecerdasan buatan generatif. Misalnya, pengguna boleh melakukan carian dengan hanya memasukkan konteks aplikasi. Terbaru, Apple akhirnya mula menguji ciri ulasan aplikasi yang diringkaskan AI.

Kehadiran ciri ini sudah dijangka akan tiba sejak Oktober tahun lalu. Namun hanya dengan kemas kini iOS 18.4 versi pembangun Apple mula mengaktifkannya. Rumusan ulasan di App Store ini dikatakan menggunakan model bahasa raya dengan bahasa yang semula jadi seakan menghantar mesej kepada orang lain. Apple akan memulakan ulasan dengan yang positif sebelum menamatkan ayat dengan ulasan yang negatif.

Ulasan ini dikatakan akan disegarkan setiap minggu apabila jumlah ulasan baharu telah ditambah. Buat masa ini, ia masih dalam peringkat ujian di mana ia hanya menyokong Bahasa Inggeris dan untuk Apple App Store di Amerika Syarikat sahaja.

Ciri ini mirip yang diperkenalkan Shopee pada Disember tahun lepas. Adakah anda rasa ulasan aplikasi di kedai atas talian memadai berbanding membaca satu demi satu ulasan?

Komen