Samsung Galaxy S25 Edge adalah peranti baharu yang dijangka akan dilancarkan pada sekitar bulan April atau Mei. Peranti ini adalah iterasi Galaxy S25 yang lebih nipis seperti Galaxy Z Fold7 SE. Banyak butiran peranti ini masih belum didedahkan, tetapi terbaru ia dikatakan mungkin akan dijual dalam kuantiti yang terhad.

Menurut laporan SamMobile, Galaxy S25 Edge akan dijual di Korea Selatan pada harga sedikit lebih mahal berbanding S25+ tetapi lebih murah berbanding Galaxy S25 Ultra. Dua variasi dijangka akan ditawarkan iaitu 256GB dan 512GB, tetapi untuk jualan awal hanya akan ada 40,000 unit untuk kedua-duanya. Ini adalah jumlah yang sangat sedikit jika dibandingkan dengan jualan Galaxy S25 melebihi 1 juta unit di Korea kerana sangat laris.
Walau bagaimanapun, jualan terhad ini mungkin untuk menguji pasaran dan melihat maklum balas orang ramai. Samsung dikatakan turut bersedia untuk mengeluarkan lebih banyak Galaxy S25 Edge untuk jualan yang lebih meluas. Cuma tidak pasti sama ada adakah jualan Galaxy S25 Edge akan terhad d China dan Korea sahaja seperti Galaxy Z Fold7 SE atau akan ditawarkan di lebih banyak negara lain. Sama-sama kita nantikan.