Carian
Realme 14 5G Akan Dilengkapi Dengan Cip Snapdragon 6 Gen 4 Dan Bateri 6000mAh
March 14, 2025 Amy Maizuraa

Realme telah mengumumkan kehadiran peranti baharu di bawah siri 14. Peranti ini akan menyokong rangkaian 5G, dan menampilkan rekaan yang menarik dengan Mecha Design bewarna perak. Antara ciri-ciri yang disertakan termasuklah kamera utama 50MP, cip Snapdragon 6 Gen 4, dan bateri berkapasiti 6,000mAh.

Selain itu, Realme juga bekerjasama dengan Free Fire yang sepatutnya mampu meningkatkan prestasi permainan dalam peranti. Ia juga bekerjasama dengan dengan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), dan Honor of Kings (HOK) di beberapa negara bagi tujuan pengalaman permua yang optimum. Peranti sekadar disenaraikan sebagai akan datang tanpa butiran mengenai tarikh pelancaran.

Baru-baru ini, Realme 14 Pro telah memasuki pasaran global pada MWC 2025. Ia menarik dengan panel belakang yang boleh bertukar warna apabila terdedah pada suhu yang sejuk. Secara teori, teknologi ini menggunakan Pigmen Thermochromic yang bertindak balas terhadap perubahan suhu. Apabila suhu turun di bawah 16°C maka panel belakang telefon ini akan berubah daripada warna putih Mutiara menjadi biru terang. Apabila suhu meningkat pula, ia kembali menjadi warna asalnya.

Komen