Cari @ Amanz

Giliran ChatGPT Pula Menjadi Pembantu Maya Utama Peranti Android Anda

Link Copied!

Kita kini berada di era kecerdasan buatan generatif, di mana semua pengeluar produk teknologi atau syarikat teknologi gergasi ingin menawarkan produk yang terbaik kepada semua pengguna. Buat pertama kalinya, era AI ini turut menjadi era peperangan pembantu maya kerana semua mahu menawarkan ciri ejen AI. Selepas Copilot dan Perplexity boleh ditetapkan sebagai pembantu maya utama peranti Android, kini giliran ChatGPT pula.

Sebelum ini, ChatGPT hanya boleh diakses secara pantas pada peranti Android melalui widget. Atau untuk pengguna produk audio Nothing boleh menyeru terus dari TWS yang sedang digunakan. Kini, anda boleh memilih ChatGPT sebagai pembantu maya utama menggantikan Google Gemini. Selepas ditetapkan, pengguna boleh menyeru dengan tekan dan tahan butang kuasa atau mana-mana butang khas yang sebelum ini digunakan untuk menyeru Gemini.

ChatGPT akan muncul secara terapung di skrin peranti pengguna terus tersedia dalam mod perbualan. Kemudian, ChatGPT akan kekal aktif dan berjalan di latar selagi anda tidak tekan untuk tamatkan sesi perbualan. Jenis suara dan prestasi adalah bergantung kepada langganan pelan ChatGPT dan juga spesifikasi peranti. Jika anda kerap menggunakan ChatGPT, ini mungkin kaedah terbaik untuk mengakses chatbot AI ini terus dari peranti Android anda.


Komen ()