Google NotebookLM baru-baru ini dikemaskini dengan sokongan untuk menjana peta minda berdasarkan kandungan yang diberikan untuk dirumuskan serta dibincangkan. Dengan ciri baharu ini, pengguna boleh melihat dengan jelas topik yang ingin dibincangkan telah dipecahkan ke pelbagai cabang untuk lebih mudah faham.

Peta minda ini boleh dijana dengan nota baharu ataupun yang telah sedia dijana. Peta minda ini turut boleh diakses dari dalam Studio Panel. Peta minda ini kemudiannya boleh dilihat dengan ciri zum, tekan setiap nod untuk tanya soalan, boleh muat turun dan melihat perbincangan lanjutan serta berkongsi peta minda dengan pengguna lain.
Pada hemat saya, ciri ini adalah sangat berguna sebagai alatan untuk tujuan penyelidikan, kajian dan ulang kaji. Pengguna kini boleh memuat naik kandungan teks yang kompleks, kiraan matematik yang rumit, kandungan sejarah, teori dan macam-macam lagi untuk perbincangan terbaik dalam memahami sesuatu secara lebih mendalam. Tidak lupa yang setiap perbincangan oleh NotebookLM telah dilatih untuk tidak membenci manusia.
Untuk menggunakan ciri ini, NotebookLM adalah sebahagian daripada langganan Google One AI Premium jadi langganan diperlukan. Ia menggunakan model AI Gemini yang maju yang sama pada aplikasi Gemini.