Carian
Kehadiran Samsung Galaxy Z Flip FE Sebagai Fon Katup Murah Mungkin Ditunda
March 20, 2025 Fahim Zahar

Samsung dijangka akan menawarkan telefon dengan skrin boleh-katup lebih mampu milik iaitu Galaxy Z Flip FE pada tahun ini. Peranti ini dijangka akan menggunakan skrin Galaxy Z Flip6 dan dijana dengan cip Exynos. Terbaru, terdapat laporan yang Samsung sendiri kerap bertukar rancangan mengenai pengenalan peranti ini.

Pada asalnya, Z Flip FE dikatakan akan dijana dengan cip Exynos 2400 yang sama pada Galaxy S24, tetapi telah berubah untuk menggunakan Exynos 2500 pula. Ini kerana terdapat sumber berkongsi maklumat yang Samsung telah memulakan pembangunan Exynos 2500 dan Exynos 2600. Cip baharu pada asalnya dihadkan untuk Galaxy Z Flip7 sahaja, namun atas masalah pengeluaran Flip7 mungkin menggunakan cip Snapdragon dan Exynos 2500 akan diberikan kepada Flip FE.

Samsung juga dilaporkan masih tidak yakin dengan Flip FE dengan perancangan pengeluaran peranti ini dan cip yang bakal digunakan masih tidak mempunyai keputusan muktamad. Apa-apa pun, Galaxy Z Flip FE dikatakan hanya akan dilancarkan beberapa bulan selepas Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Flip7 dilancarkan kepada umum. Ini adalah strategi sama seakan Galaxy Z Fold7 SE, apa kata anda?

Komen