Carian
Malaysia Perketat Aliran Jualan Cip NVIDIA Bagi Mengelakkan Penyeludupan Ke China
March 24, 2025 Effi Saharudin

Malaysia akan memperketatkan aliran jualan mesin pelayar yang mengandungi cip NVIDIA selepas kes penyeludupannya ke China menerusi negara dikesan oleh Singapura. Menurut laporan Financial Times, yang memetik kenyataan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz – tindakan diambil selepas Malaysia menerima tekanan daripada Amerika Syarikat

Beliau dan Menteri Digital Gobind Singh Deo telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk memperketatkan undang-undang di sekitar industri pusat data Malaysia. Setiap aliran jualan cip NVIDIA kini akan dipantau dengan lebih teliti bagi mengelakkan insiden penyeludupan mesin pelayar bernilai $390 juta (~RM 1.73 bilion) daripada berulang.

Tiga individu telah dihadapkan ke mahkamah oleh Singapura awal bulan ini kerana aktiviti penyeludupan mereka dipercayai menyebabkan mesin dengan cip NVIDIA jatuh ke tangan DeepSeek. Sebagai negara Tahap 2, Malaysia dan Singapura sudahpun dikenakan sekatan akses sepenuhnya cip AI oleh Amerika Syarikat.

Insiden penyeludupan ke negara Tahap 3 seperti China yang diharamkan akses sepenuhnya akan mendatangkan impak negatif kepada Malaysia dan Singapura yang mempunyai aspirasi menjadi pusat data rantau Asia Tenggara.

Komen