Carian
Netflix Kini Menyokong Penstriman HDR10+
March 25, 2025 Fahim Zahar

AV1 adalah codec video yang memampatkan kandungan video 30% lebih baik berbanding codec VP9. Ia juga adalah codec untuk menjimatkan penggunaan data mudah alih. Netflix telah menggunakan codec ini pada platform mereka untuk peranti Android, televisyen dan konsol tetapi terhad kepada kandungan terpilih.

Terbaru Nertflix akhirnya menyokong penstriman kandungan HDR10+ yang memaparkan pencahayaan yang lebih tepat berbanding HDR10. Menurut Netflix, sokongan HDR10+ kini disokong pada televisyen pintar, tablet, telefon pintar dan konsol yang menyokong penstriman menggunakan coded AV1.

Terdapat 11,000 jam kandungan HDR10+ di Netflix dan lebih 50% kini dimainkan pada codec AV1. Semua kandungan baharu dan kandungan popular sedia ada turut telah menggunakan codec ini. Menjelang hujung tahun 2025, semua kandungan HDR di Netflix akan sedia menggunakan AV1.

Untuk menikmati kandungan HDR10+ tanpa menggunakan data yang banyak, codec AV1 di Netflix hanya disokong pada pelan Netflix Premium. Anda memerlukan pelan yang paling mahal iaitu RM62.90 sebulan.

Komen