Cari @ Amanz

Pembantu Maya Misteri Pixie Untuk Pixel 10 Sebenarnya Adalah Aplikasi Pixel Screenshot

Link Copied!

Nasib baik Google belum memasarkan apa itu Pixie kepada khalayak ramai, kerana jika tidak mereka pasti akan disaman sepertimana Apple disaman kerana menipu mengenai ciri Siri dan Apple Intelligence. Pixie dikhabarkan adalah pembantu maya AI untuk Pixel 10 dengan sifat seakan ejen AI, tetapi baru-baru ini didedahkan ia telah pun dilancarkan dan diperkenalkan di dalam Pixel 9 sebagai Pixel Screenshot.

Pixie pada awalnya memang dirancang untuk menjadi pembantu maya dengan sifat ejen AI. Ia adalah Google Assistant yang seterusnya di mana pengguna boleh meminta bantuan dengan arahan mudah sahaja. Namun dengan kejayaan Gemini, Google tidak mahu Pixie menjadi pesaing jadi ia dipecahkan kepada dua iaitu ciri-ciri untuk Gemini dan Pixel Screenshot. Kedua-dua ini menyokong teknologi AI berasaskan teknologi multi-model yang kalau digabungkan memang adalah sejenis ejen AI.

Walaupun kehadiran Pixie tidak akan menjadi, kita besar kemungkinan masih akan dapat melihat kehadiran Pixel Sense. Pixel Sense dikatakan adalah aplikasi atau hab yang membantu pengguna bila perlu kerana ia sentiasa memahami konteks. Pixel Sense besar kemungkinan adalah jawapan Google kepada Now Bar/Now Brief di Samsung Galaxy S25 atau Essential Key/Essential Space di Nothing Phone (3a). Aplikasi yang menyimpan data penting yang kemudiannya mengeluarkan informasi yang patut atau merumuskannya dan turut boleh memberi notifikasi atau peringatan kepada pengguna.


Komen ()