TikTok akan diharamkan sekali lagi bermula 4 April depan sekiranya ia masih belum dijual kepada entiti yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Awal tahun ini ia berhenti beroperasi selama sehari bagi mengikuti arahan eksekutif Presiden Biden yang mengarahkan ia dijual. Tempoh jualan dilanjutkan selama 75 hari oleh Presiden Trump pada 20 Januari.

Walaupun tinggal hanya 9 hari sahaja lagi, TikTok masih belum mengumumkan siapakah yang akan membeli perniagaan mereka. Beberapa minggu lalu Oracle dilaporkan sebagai syarikat pilihan Presiden Trump dan Bytedance kerana mereka telahpun terlibat dengan proses pemindahan data pengguna Amerika Syarikat ke pelayar dalam negara.
Selain itu Mr Beast, Microsot, dan Perplexity juga menyatakan hasrat untuk membeli platform media sosial yang mempunyai lebih 300 juta pengguna di Amerika Syarikat. Arahan penjualan dikeluarkan oleh Presiden Biden kerana TikTok dituduh memberikan China akses kepada data pengguna Amerika Syarikat walaupun ia telahpun dinafikan Bytedance yang merupakan syarikat induk mereka.