Carian
iPhone 16 Akhirnya Boleh Dijual Di Indonesia Bermula 11 April
March 27, 2025 Effi Saharudin

Berita baik untuk ibu-ibu, bapak-bakap dan paman-paman di Indonesia hari ini kerana kerajaan Indonesia akhirnya membenarkan penjualan siri iPhone 16 di negara tersebut bermula 11 April. Ini selepas Indonesia berjaya mendapatkan pelaburan $1 bilion oleh Apple dalam bentuk kilang pemasangan AirTag dan juga memberikan latihan kepada rakyat pada penghujung April.

Seperti kami laporkan sebelum ini, Indonesia berkeras enggan membenarkan Apple memasuki pasaran telefon pintar keempat terbesar dunia kerana mereka tidak memenuhi keperluan 40% komponen tempatan. Pelaburan asal $100 juta ditolak oleh Indonesia pada November tahun lalu yang melihat pelaburan lebih besar diterima oleh Vietnam.

Walaupun iPhone masih belum dipasang di Indonesia, ini dilihat sebagai kejayaan Indonesia memaksa syarikat luar melakukan pelaburan besar ke dalam negara sebelum dibenarkan beroperasi. Dengan jumlah penduduk yang besar, Indonesia boleh melakukannya berbanding Malaysia.

Komen