Carian
China Ketatkan Eksport Unsur Nadir Bumi Sebagai Balasan Tarif Trump
April 5, 2025 Effi Saharudin

China mengetatkan eksport lebih banyak undur nadir bumi (REE) ke semua negara dunia bermula semalam sebagai balasan kepada tarif yang diumumkan oleh Trump. Eksport tujuh kategori REE berat dan sederhana kini dikawal dengan lebih ketat oleh China yang merupakan pengeluar terbesar dunia. Antara yang dikawal ialah samarium, gadolinium, terbium, dysprosium, lutetium, scandium dan yttrium.

Galium

Ini ialah kali keempat halangan eksport REE diumumkan oleh China  selepas galium,germanium dan antimoni dihalang atas sebab keselamatan. REE bukan sahaja penting untuk pengeluaran motor dan bateri kenderaan elektrik, ia juga mempunyai fungsi sekunder yang diperlukan untuk menghasilkan senjata seperti peluru berpandu.

Dengan bekalan REE dikawal oleh China, ia dilihat sebagai tindakan memaksa negara lain untuk turut memberikan tekanan kepada Amerika Syarikat untuk membatalkan tarif Trump. Pada waktu yang sama ia menghalang Amerika Syarikat mengelakkan sekatan menerusi pihak ketiga.

Komen