Carian
Siri Samsung Galaxy S25 Edisi Perindustrian Menerima 8 Versi Android
April 7, 2025 Effi Saharudin

Samsung mengikut langkah Google dengan menawarkan sokongan kemas kini 7 versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti bermula dengan siri Galaxy S24. Kini Samsung menawarkan kemas kini 8 versi Android an 8 tahun tampalan sekuriti pula pada Galaxy S25 Enterprise Edition, Galaxy 25+ Enterprise Edition dan Galaxy S25 Ultra Enterprise Edition.

Enterprise Edition ialah peranti yang hanya ditawarkan kepada pelanggan Industri. Selain sokongan kemas kini yang setahun lebih lama, peranti edisi ini juga hadir dengan perisian yang memudahkan kesemua peranti milik syarikat dikawal oleh jabatan IT. Ciri Galaxy AI boleh diaktifkan dan dihalang oleh pengurus secara setempat.

Dalam kalangan pengeluar peranti Android, Fair Phone memberikan sokongan perisian paling lama iaitu sehingga 10 tahun. Ini kerana Fair Phone ingin menyelesaikan isu sampah elektronik apabila sokongan perisian dihentikan oleh pengeluar.

Komen