Carian
Tarif Trump Menyebabkan Tiada Lagi Syarikat Bernilai $3 Trilion Di Dunia
April 7, 2025 Effi Saharudin

Tarif Trump yang diumumkan minggu lalu menyebabkan tiada lagi syarikat dunia mempunyai nilai pasaran $3 trilion. Apple kehilangan statusnya hari selepas saham syarikat menjunam lebih 7% lagi sejurus selepas pasaran dibuka. Trend penurunan nilai saham berterusan hari ini dengan Tesla paling terjejas terus dengan nilai saham susut -10.42%.

Apple menjadi syarikat pertama mencapai nilai pasaran $3 trilion pada Januari 2022. Ini diikuti pula oleh Microsoft pada Januari 2024 dan NVIDIA pada Jun 2024. Tetapi usah ditangisi kepupusan syarikat dengan nilai pasaran ini kerana Apple, Microsoft dan NVIDIA masih mempunyai nilai lebih $2.3 trilion.

Tarif Trump diumumkan minggu lalu bagi membalas “ketidakadilan” negara lain yang melakukan perdagangan dengan Amerika Syarikat. Tetapi data yang dikongsi White House adalah tidak tepat dengan Malaysia dituduh mengenakan tarif 47% ke atas Amerika. Selain pasaran saham global menjunam, nilai kripto utama dunia juga terjejas hari ini dengan Bitcoin misalnya susut bawah $77,000 yang merupakan yang terendah sejak 10 November 2024.

Komen