Cari @ Amanz

Nilai Bitcoin Menjunam Bawah $75,0000

Link Copied!

Nilai mata wang kripto Bitcoin menjunam ke $74,627 (~RM 335,112) pagi ini yang bersamaan penyusutan sekitar -5% berbanding nilainya semalam. Ketika artikel ditulis nilai Bitcoin pulih sedikit ke sekitar $76,000 yang masih lebih rendah berbanding nilainya  $76,934 dua hari yang lalu. Ini bermakna hampir kesemua peningkatan nilai yang dicatatkan selepas ke mengangan Trump dalam pilihanraya presiden Amerika November tahun lalu kini terhapus.

Trend penurunan nilai berlaku sejurus selepas Presiden Trump mengumumkan kadar tarif pukul rata ke atas kesemua negara yang berdagang dengan Amerika Syarikat. Pasaran saham global mencatatkan penyusutan tertinggi sejak wabak Covid-19 dengan pasaran Asia paling terjejas teruk kerana bergantung kepada eksport ke Amerika Syarikat.

Tiada tanda pemulihan pasaran dapat dilihat pada ketika ini dan ia tidak dibantu oleh pengumuman tarif baharu 104% ke atas kesemua import China ke Amerika Syarikat. Tarif yang lebih melampau ini dikenakan selepas China bertindak mengenakan tarif berbalik 34% ke atas Amerika dan menghalang jualan unsur nadir bumi kepada semua negara.


Komen ()