China sebentar tadi mengumumkan tarif 125% ke atas produk dari Amerika Syarikat yang diimport masuk ke dalam negara mereka bermula 12 April. Tindakan ini diambil selepas Amerika Syarikat mengenakan tarif 145% ke atas produk keluaran China bermula hari ini. Tidak seperti negara lain yang akur dengan tarif tinggi dikenakan Amerika, China enggan mengalah dan membalas setiap tarif baharu yang dikenakan ke atas mereka.

Hanya Rabu lalu China mengenakan tarif 84% ke atas produk Amerika Syarikat. China telah mengenakan halangan eksport tujuh lagi kategori unsur nadi bumi (REE) ke atas semua negara dunia minggu lalu. REE ialah bahan yang amat diperlukan untuk menghasilkan bateri EV, skrin peranti dan juga senjata seperti peluru berpandu. Dengan monopoli lebih 70% pengeluaran REE, China ingin menyekat Amerika Syarikat daripada mengakses bahan yang diperlukan ini.
China juga masih enggan duduk semeja membincangkan bagaimana isu tarif melampau ini boleh diselesaikan tanpa terus menyebabkan ekonomi dunia bergolak.