Fenomena tidak menyediakan pengecas dalam kotak telah menjadi trend yang semakin meluas dalam industri telefon pintar. Langkah ini dimulakan oleh Apple pada tahun 2020 dan diikuti oleh jenama besar lain seperti Samsung, Xiaomi dan lain-lain. Alasan utama yang diberikan oleh pengeluar adalah untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Tidak seperti trend semasa itu, Nothing melalui jenama CMF akan menyertakan kepala pengecas dalam kotak pembelian untuk model CMF Phone 2 Pro. Langkah ini merupakan perubahan ketara berbanding model sebelumnya CMF Phone 1, yang tidak menyediakan kepala pengecas. Pengumuman ini dibuat oleh pengasas bersama Nothing, Akis Evangelidis, dan setakat ini, ketersediaannya hanya dikhaskan untuk pasaran India. Masih belum jelas sama ada pendekatan ini akan turut digunapakai di pasaran lain atau sebaliknya.
CMF Phone 2 Pro dijadualkan dilancarkan pada 28 April 2025. Ia bakal hadir dengan spesifikasi menarik, termasuk skrin OLED 120 Hz, bateri berkapasiti 5,000mAh, dan cip pemprosesan yang berkemungkinan diantara Dimensity 7400 atau Snapdragon 7s Gen 3.