Jack Dorsey Mahu Undang-Undang Harta Intelek Dihapuskan
Effi Saharudin
Menerusi undang-undang harta intelek (IP), pencipta kandungan atau produk boleh mengaut keuntungan selama beberapa dekad selepas rekaan difailkan. Dengan ini tidak timbul ciptaan dicetak rompak dan menyebabkan idea bernas menjadi sumber pendapatan orang lain. Tetapi Jack Dorsey, pengasas Twitter dan Block kini mengatakan undang-undang IP perli dihapuskan menerusi ciapan di X.
Menurut Dorsey, undang-undang IP semasa menghalang inovasi dan hanya memberikan keuntungan atas angin kepada pemegangnya. Pendapat beliau menerima sokongan Elon Musk tetapi menerima bantahan daripada pengguna X sejurus selepas hantaran dimuat naik.
Apa yang berlaku sejak kebelakangan ini ialah OpenAI dan Google telah meminta RUU IP dilemahkan bagi membenarkan model-model AI Amerika Syarikat dilatih menggunakan karya yang mempunyai pemegang harta intelek.
OpenAI dan Meta berdepan beberapa kes saman besar kerana melatih model AI mereka menggunakan karya yang dicetak rompak. Alasan yang diberikan ialah pesaing Amerika seperti China tidak menghormati harta intelek dan oleh itu berisiko menjadi kuasa besar.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.