Carian
Saham Syarikat Teknologi Kembali Susut Disebabkan Ketidaktentuan Tarif Amerika
April 17, 2025 Effi Saharudin

Saham syarikat teknologi utama dunia seperti Apple, Microsoft, TSMC, NVIDIA dan Amazon kembali susut pagi ini berikutan ketidaktentuan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas produk yang diimport daripada Chin. Saham Apple misalnya susut hampir 4% menyebabkan nilai pasaran syarikat susut di bawah $3 trilion yang dicapai kembali hanya beberapa hari yang lalu.

Ketidaktentuan adalah disebabkan pentadbiran Trump akan mengumumkan tarif baharu ke atas semikonduktor serta memulakan siasatan ke atas rantaian bekalan semikonduktor yang dikilangkan di luar Amerika Syarikat. Tarif baharu sehingga 245% ke atas China dan China menghentikan eksport unsur nadir bumi serta magnet turut menyumbang kepada kemerosotan pasaran saham global.

Timbul juga risiko Amerika Syarikat akan mengenai bayaran lebih tinggi untuk membenarkan cip dijual kepada China atau arahan mengharamkan eksport secara mengejut yang pastinya akan merugikan syarikat seperti NVIDIA dan AMD. Perang perdagangan menerusi tarif antara China dan Amerika Syarikat masih belum menunjukkan akan reda dalam masa terdekat kerana pemimpin kedua-dua negara masih enggan duduk semeja untuk menyelesaikannya.

Komen