Carian
20,000 Lagu Janaan AI Dimuat Naik Ke Deezer Setiap Hari
April 17, 2025 Effi Saharudin

Lagu janaan kecerdasan buatan (AI) generatif menjadi topik hangat di kalangan peminat muzik. Adakah wujud ruang untuk muzik yang tidak dihasilkan manusia. Di platform penstriman muzik, lagu janaan AI digunakan individu tertentu untuk menjana pendapatan walaupun tidak memerlukan sebarang kreativiti. Deezer kini mengatakan 20,000 lagu janaan AI dimuat naik setiap hari yang bersamaan 18% muzik yang dimuat naik ke platform setiap hari.

Ini adalah peningkatan daripada 10% lagu dimuat naik setiap hari pada bulan Januari lalu. Walaupun Deezer membenarkan muzik dijana menggunakan AI generatif seperti Suno dan Udio di platform mereka, kesemua lagu ini tidak akan disarankan kepada pengguna. Ini adalah bagi memastikan artis manusia diketengahkan. Untuk itu sistem pengesanan lagu AI telah digunakan oleh Deezer.

Walaupun Deezer dan Udio semakin popular, kedua-dua syarikat berhadapan saman daripada beberapa syarikat rakaman terkemuka kerana mereka dakwaan menggunakan muzik milik artis tanpa kebenaran. Pada waktu yang sama syarikat besar seperti OpenAI dan Google sedang menggesa kerajaan Amerika untuk membenarkan model AI dilatih menggunakan karya dengan harta intelek bagi memastikan negara mereka sentiasa di hadapan. Walaupun pendapat ini kurang popular ia menerima sokongan Jack Dorsey dan Elon Musk.

Komen