Realme GT7 kini diperkenalkan sebagai peranti mercu baharu dengan spesifikasi menarik. Ia dijana cip MediaTek Dimensity 9400+ yang menjadikannya setanding dengan vivo X200s dan Oppo Find X8s. Peranti ini hadir dengan pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan 1TB. Selain itu, pengguna turut dikatakan boleh bermain sehingga 13 permua popular dengan frame mode 144Hz.

Realme GT7 juga dilengkapi skrin OLED bersaiz 6.8-inci, resolusi 1.5K dan kadar semula 144Hz. Skrinnya menawarkan kecerahan maksimum 6500nits serta kadar persempelan 4608Hz. Teknologi seperti Skycom Communication System 2.0 dan AI Signal Tracking turut disertakan untuk pengalaman lebih baik. Bateri karbon silikon berkapasiti 7200mAh turut digunakan dengan sokongan pengecasan pantas 100W.


Kamera utama terdiri daripada sensor 50MP (Sony IMX896) dengan OIS dan 8MP ultra-lebar, yang turut mampu merakam video 4K60FPS. Kamera hadapan pula sebesar 16MP. Ciri tambahan lain termasuk imbasan cap jari ultrasonic, kalis air dengan penarafan IP68/69, port USB-C, dan pembesar suara stereo. Harga jualan peranti ini bermula RMB 2599 (~RM 1,561).