Carian
Honor Berkongsi Imej Promosi Dua Jam Tangan Baharu – Dijangka Tiba Tidak Lama Lagi
May 2, 2025 Amy Maizuraa

Honor baru sahaja berkongsi imej promosi bagi dua model jam tangan pintar baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Dalam imej yang dikongsi, salah satu model hadir dengan paparan bulat, bingkai logam yang elegan, serta tombol berputar di bahagian kanan atas.

Imej promosi bagi dua model jam tangan pintar baharu Honor

Sementara itu, model kedua hadir dengan reka bentuk lebih elegan, yang menampilkan bingkai berbentuk oktagon serta butang fizikal di bawah tombol berputar. Jam tangan pintar ini berkemungkinan merupakan sebahagian daripada siri baharu atau penambahan kepada rangkaian sedia ada Honor.

Pada Mac 2025, Honor telah melancarkan Watch 5 Ultra secara global dalam acara MWC 2025 dan terdapat kemungkinan bahawa salah satu model tersebut merupakan kesinambungan untuk pelancaran tersebut. Selain itu, pra-tempahan untuk jam tangan pintar ini telah dibuka melalui Honor Mall serta beberapa platform e-dagang lain.

Watch 5 Ultra

Dalam perkembangan lain, Honor baru sahaja memperkenalkan MagicBook Pro 16 2025 Hunter Edition, yang hadir dengan CPU Intel Core Ultra CPU, GPU RTX 5070, serta panel LCD dengan kadar segar semula 165Hz.  

Komen