Carian
Realme GT 7 Dan GT 7T Melepasi Pengesahan SIRIM Malaysia
May 5, 2025 Amy Maizuraa

Dua peranti baharu Realme telah ditemui dalam pensijilan SIRIM Malaysia. Ia menandakan bahawa peranti-peranti tersebut akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi. Peranti yang dimaksudkan ialah Realme GT 7 dan Realme GT 7T yang didaftarkan oleh DTL Malaysia Sdn Bhd. Spesifikasi bagi versi Malaysia masih belum dapat disahkan namun model GT 7 telah pun dilancarkan di China pada April lalu.

Sekiranya versi Malaysia menggunakan spesifikasi yang sama, ia mungkin dilengkapi skrin OLED 6.8-inci 1.5K dan kadar semula 144Hz. Selain itu, bateri karbon silikon berkapasiti 7200mAh turut digunakan dengan pengecasan pantas 100W. Ia turut akan dijana cip Dimensity 9400+ bersama kamera utama 50MP (Sony IMX896) + 8MP ultra-lebar. Sementara itu, model GT 7T masih belum dilancarkan di mana-mana pasaran setakat ini.

Komen