Carian
Microsoft Memintas Apple Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Dunia
May 5, 2025 Effi Saharudin

Microsoft hari ini memintas Apple sebagai syarikat paling bernilai di dunia. Ketika artikel ditulis, Microsoft mempunyai nilai pasaran $3.235 trilion berbanding Apple yang bernilai $3.067 trilion. Nilai pasaran Microsoft meningkat melebihi $3 trilion minggu lalu sejurus selepas mereka mengumumkan peningkatan jualan konsol, aksesori dan permainan Xbox di seluruh dunia.

Sementara itu nilai saham Apple pula susut hampir 4% hari ini. Walaupun Tim Cook mengatakan Apple akan menanggung peningkatan kos $900 juta pada suku akan datang disebabkan tarif yang dikenakan ke atas China, syarikat belum mempunyai perancangan meningkatkan harga jualan produk mereka. Langkah mengurangkan impak tarif akan dilaksanakan dengan mengimport produk dari China dan Vietnam bagi pasaran Amerika Syarikat sahaja.

Pada waktu ini hanya Microsoft dan Apple mempunyai nilai pasaran melebihi $3 trilion. Sebelum ini kelab ini turut dianggotai oleh NVIDIA tetapi ia terkeluar sejak Jun tahun lalu selepas “demam” perkakasan AI mula reda.

Komen