Carian
Meta Terima Pampasan $167.25 Juta Selepas Menjadi Mangsa Perisian Intipan Israel
May 7, 2025 Effi Saharudin

Mahkamah di Amerika Syarikat mengarahkan NSO Group, syarikat dari Israel yang membangunkan perisian intipan Pegasus untuk membayar $167.25 juta (~RM 706 juta) kepada Meta kerana didapati bersalah menggodam 1400 pengguna WhatsApp pada tahun 2019.

Selepas laporan aktiviti menggodam Pegasus diterbitkan, Meta (pada waktu tersebut Facebook) memfailkan saman ke atas NSO Group. Perisian Pegasus mendapat perhatian dunia selepas di ditemukan dalam peranti milik Jamal Kashoggi yang kemudiannya dibunuh oleh Arab Saudi. Walaupun Arab Saudi tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, NSO Group menerima kebenaran regim zionis untuk menjual perisian mereka

Ia mendedahkan kewujudan perisian intipan yang boleh dibeli kerajaan sesebuah negara bagi memantau kegiatan individu tertentu. Selain wartawan, ahli politik, aktivis hak asasi manusia dan pegawai NGO juga turut antara mangsa Pegasus. Selepas insiden ini, Apple memperkenalkan Lockdown Mode yang menghadkan pelbagai ciri peranti untuk mengelakkan pengguna daripada diintip.

Komen