Carian
Netflix Akan Membuang Filem Interaktif Black Mirror : Bandersnatch Pada 12 Mei
May 9, 2025 Effi Saharudin

Netflix akan membuangkan Black Mirror: Bandersnatch dan Unbreakable Kimmy Schmidt: Kimmy vs. the Reverend daripada Netflix pada 12 Mei ini dengan ia akan menjadi penutup kepada penawaran kandungan interaktif pada pada platform penstriman tersebut. Sebanyak 19 kandungan interaktif mula dipadam daripada Netflix pada 1 Disember tahun lalu selepas tamat hak penggunaan IP dan perubahan hala tuju platform.

Kandungan interaktif mula ditawarkan pada tahun 2020 kerana Netflix pada waktu tersebut cuba melakukan eksperimentasi kandungan selain filem dan juga siri TV. Antara yang dihasilkan ialah filem animasi interaktif Puss in Boots: Trapped in an Epic Tale dan juga permainan trivia Trivia Quest. Sokongan kandungan interaktif dimatikan kerana kos pembangunan yang tinggi serta sambutan pengguna yang agak rendah.

Black Mirror: Bandersnatch perlu ditonton segera jika anda bercadang menonton siri ke tujuh Black Mirror. Salah satu episod dalam siri ini adalah kesinambungan kepada Bandersnatch.

Komen