Lima Pengeluar Kereta Eropah Membatalkan Sokongan Apple CarPlay Ultra
Effi Saharudin
CarPlay Ultra diumumkan tahun ini sebagai evolusi seterusnya kepada sistem CarPlay yang disokong pada iPhone. Ia akan mengubah kesemua skrin dalam sesebuah kenderaan untuk menggunakan antaramuka CarPlay. Kini Financial Times melaporkan Mercedes-Benz, Audi, Volvo, Polestar, dan Renault akan membatalkan sokongan CarPlay Ultra yang dijanjikan sebelum ini.

Kelima-lima syarikat ialah antara 13 syarikat yang mengadakan mereka akan menyokong antaramuka baharu CarPlay semasa diumumkan pada tahun 2022. Setakat ini hanya Aston Martin sahaja disahkan akan menyokong CarPlay Ultra tahun ini kepada pelanggan di Amerika Syarikat dan Kanada.
Menurut laporan Car and Driver pula, setakat ini hanya Audio mengesahkan mereka tidak akan menyokong CarPlay Ultra. Mercedes-Benz pula tidak menafikan atau mengesahkan laporan ini mengatakan mereka baru sahaja melancarkan sistem operasi MB.OS pada model CLA mereka tetapi masih komited untuk menyokong Car Play.
Masih tidak diketahui sama ada Land Rover, Porsche, Nissan, Ford, Lincoln, Jaguar, Acura, Honda, dan Infinity akan meneruskan rancangan menyokong CarPlay Ultra. Porsche sudah menyokong gambar pengolokan mereka sebelum ini.