Cari @ Amanz

Mercedes-Benz CLA diperlihatkan hari ini di acara IAA Mobility 2023 dengan ia adalah konsep kenderaan elektrik (EV) kelas permulaan pertama mereka selepas selama ini hanya menghasilkan EV mewah. CLA ialah kenderaan sedan empat pintu yang dilengkapi bateri yang mempunyai bateri yang boleh memberikan jarak perjalanan sehingga 750 km WLTP.

Ia adalah EV pertama mereka yang menggunakan platform baharu Mercedes Modular Architecture (MMA). Sistem ini adalah berasaskan trend kuasa Vision EQXX yang menggunakan kuasa lebih efisien sehingga mencatatkan rekod dunia 1200km dengan sekali caj. Terdapat dua pilihan bateri dengan bateri anod silikon oksida untuk versi prestasi tinggi dan LFP untuk kelas permulaan.

Dengan sistem yang sama CLA menyokong pengecasan 250 kW DC yang mampu memberikan jarak operasi 400km selepas dicas selama 15 minit sahaja. Pada bahagian kokpit pula ia mengekalkan penggunaan skrin gergasi MBUX dan sistem operasi MB.OS.

Seperti pada Vovol EX90, konsep CLA mempunyai ciri mengesan kehadiran penumpang dalam kabin. Sekiranya kenderaan diletakkan di kawasan letak kereta dengan penumpang di belakang, ia akan memberikan amaran supaya isu kanak-kanak tertinggal dapat dielakkan.

Mercedes-Benz CLA akan menjadi asas kepada empat kenderaan siri CLA baharu yang akan terdiri daripada sebuah coupé empat pintu, sebuah shooting brake dan dua lagi SUV dalam masa terdekat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd