Carian
Meta Superintelligence Labs Ditubuhkan Untuk Pembangunan Model AI Generasi Seterusnya
July 1, 2025 Effi Saharudin

Meta Superintelligence Labs (MSL) secara rasmi ditubuhkan di dalam Meta dengan ia akan ditugaskan untuk membangunkan model kecerdasan buatan (AI) generasi seterusnya untuk syarikat milik Zuckerberg. Penubuhan MSL diumumkan oleh Zuckerberg menerusi memo untuk kakitangan menurut laporan Wired.

Pasukan yang membina model AI, produk dan projek Fundamental Artificial Intelligence Research (FAIR) diletakkan di bawah payung MSL. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, bekas CEO Scale AI Alexandr Wang akan mengetuai MSL. Dalam memo yang sama Zuckerberg mengumumkan beberapa kakitangan baharu yang menyertai MSL daripada syarikat kecerdasan buatan pesaing.

Meta AI

Antaranya ialah mantan CEO GitHub, Nat Friedman dan mantan CEO dan juga antara pengasas Safe Superintelligence Daniel Gross. Gross menyertai Meta selepas Zuckerberg gagal membeli Safe Superintelligence yang turut ditubuhkan oleh Ilya Sutskever yang dahulunya adalah ketua penyelidikan di OpenAI.

Selain itu beberapa penyelidik daripada OpenAI berjaya dipancing antaranya ialah Shengjia Zhao yang merupakan pencipta bersama ChatGPT. Turut berjaya dipancing daripada OpenAI ialah pencipta model o3/o4-mini, GPT-4o, GPT-4.1, GPT-4.5, 4o-imagegen, GPT-4o voice mode dan o4-mini. Ketua pembangunan Gemini, Waymo dan Deepmind juga berjaya ditarik daripada Google oleh MSL.

Sebelum ini Sam Altman mengatakan kakitangan OpenAI menolak habuan $100 juta yang ditawarkan Meta. Tetapi kini jelas penyelidik penting mengambil tawaran Zuckerberg sehingga memaksa OpenAI melakukan penentukuran semula struktur pampasan kakitangan.

Komen