Linda Yaccarino Meletakkan Jawatan Sebagai CEO X Secara Mengejut
Effi Saharudin
Era X di bawah pimpinan CEO Linda Yaccarino tamat secara mengejut lewat malam semalam selepas beliau mengumumkan peletakan jawapan menerusi akaun peribadi beliau. Tiada sebab diberikan kerana tidak kedengaran sebarang ura-ura ia akan berlaku dan Yaccarino tidak menjelaskannya dalam hantaran beliau.

Yaccarino dilantik menjadi CEO X pada Mei 2023 ketika syarikat berhadapan dengan isu pengiklan meninggalkan platform dan jumlah pengguna semakin susut disebabkan oleh tindakan pemiliknya Elon Musk. Walaupun Yaccarino tidak memberikan sebab beliau meninggalkan X secara tergesa-gesa, muncul spekulasi ia berkait dengan isu Grok yang memberikan jawatan pro Nazi di X awal pagi semalam dan menggelarkannya dirinya MechaHitler secara tiba-tiba.
Walaupun banyak syarikat kembali mengiklankan produk di X bagi mengelakkan disaman, pendapatan syarikat masih belum pulih ke tahap sebelum ia dibeli oleh Musk. Pada waktu ini jumlah pengguna Threads semakin hampir menyamai X kerana berlaku penghijrahan besar-besaran ke platform alternatif. Ketika artikel ditulis Elon Musk belum memberikan kenyataan dan pengganti Yaccarino juga belum diumumkan.