Apple Menjadualkan Acara Pengenalan Produk Baru Pada Minggu Pertama Mac 2026
Aman
Apple kini dilihat telah menghantar jemputan kepada beberapa media untuk acara yang dijadualkan berlaku pada 4 Mac 2026 di beberapa lokasi, termasuk New York, Shanghai dan juga London. Apple dijangka memperkenalkan sejumlah produk baharu pada acara berkenaan.
Antara peranti yang sedia dinantikan ramai untuk diperkenalkan pada acara berkenaan adalah termasuk MacBook yang dikuasakan dengan cip iPhone untuk membolehkan ia dijual pada harga rendah, kemaskini kepada MacBook Air dengan cip M5, kemaskini kepada beberapa siri iPad, dan juga pengenalan iPhone 17e.
Berkemungkinan, kita akan mendengar berkenaan penawaran dan pemasaran produk berkenaan tidak lama selepas itu. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan awal Mac 2026 ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh Apple.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.