NASA Tangguh Misi Mendarat Di Bulan Ke 2028
Effi Saharudin
NASA secara rasmi menangguhkan misi mendarat di permukaan bulan ke tahun 2028. Menurut rancangan asal, misi Artemis III melakukan pendaratan di bulan pada Disember 2025. Isu dengan roket SLS dan kapal angkasa Starship menyebabkan ia ditangguh ke misi Artemis IV yang menyasarkan pelancaran pada tahun 2028.

Misi Artemis II diubah menjadi misi menguji sistem dan keupayaan operasi di orbit Bumi rendah bagi persediaan pendaratan Artemis IV. Ujian sambungan dan pelabuhan dengan satu atau kedua-dua pendarat komersial dari SpaceX dan Blue Origin akan dilakukan. Pemeriksaan bersepadu sistem sokongan hayat, komunikasi dan pendorongan, serta ujian sut Aktiviti Luar Kenderaan (xEVA) baharu akan turut dilakukan misi Artemis III.
Misi Artemis III telah dua kali ditangguh sebelum ini ke 2026 sebelum kali kedua ke tahun 2027. Kegagalan SpaceX menguji Starship yang perlu membawa krew dan modul pendaratan bulan menyebabkan NASA meminta konsortium diketuai oleh Blue Origin untuk membina modul pendaratan sekunder.
Misi Artemis II sepatutnya telah dilancarkan awal bulan ini tetapi kebocoron pada tangki bahan api roket SLS menyebabkan misi dibatalkan ke satu tarikh yang belum diumumkan. Artemis II akan membawa empat anak kapal mengelilingi bulan dalam kapsul Orion menjadikan mereka manusia yang melakukan perjalanan paling jauh dari bumi dalam sejarah. Mereka turut diberikan kelonggaran membawa telefon pintar peribadi untuk merakam detik bersejarah ini.