Microsoft Naikkan Harga Xbox Kerana Krisis RAM
Effi Saharudin
Microsoft awal pagi ini mengumumkan harga jualan konsol Xbox Series X dan Series S akan dinaikkan bermula Ogos 2026. Seperti Sony dan Nintendo yang telah melakukannya langkah sama sebelum ini, Microsoft terpaksa menaikkan harga konsol disebabkan krisis RAM yang semakin tenat.

Harga Xbox Series S dengan storan kini bermula $500 dengan storan 512GB. Peningkatan sebanyak $100. Sementara itu harga Xbox Series X pula bermula $750 dengan storan 1TB bersamaan peningkatan $50. CEO Xbox Asha Sharma telahpun mengatakan harga RAM telah meningkat beberapa kali tahun lalu membuatkan perniagaan tidak lagi mampan.
Sejak memo kepada kakitangan diedarkan tiga minggu lalu, Xbox kini dalam proses menutup beberapa studio di bawah mereka seperti Ninja Theory dan Double Fine. Wakil syarikat dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan studio bergerak secara sendiri secara pembelian semula.