Huawei MatePad Pro (2026) Dilancarkan – Skrin OLED 12” Dan Bateri 10,400mAh
Amy Maizuraa
Huawei turut memperkenalkan MatePad Pro 2026 di China semalam. Ia merupakan sebuah tablet premium dengan skrin OLED 12” beresolusi tinggi 3036 x 1952 dan kecerahan puncak 1600 nit. Tablet ini hadir dengan cip Kirin T93 untuk model standard manakala edisi Enjoy menggunakan Kirin T93A yang lebih berpatutan.

Tablet ini hadir dengan sistem operasi HarmonyOS 6.1 untuk pengalaman lebih terkini, serta dilengkapi kamera utama 50MP dan kamera swafoto 12MP. Melengkapinya ialah bateri berkapasiti 10,400 mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 66W serta berbalik 40W. Reka bentuknya hadir dengan ketebalan hanya 4.7mm dan berat 439 gram sekali gus menjadikan MatePad Pro 2026 ini antara tablet ringan dalam segmen premium.

Untuk Enjoy Edition dengan cip Kirin T93A, harga bermula pada RMB5,699 (~RM3,451) bagi model 12GB RAM + 256GB. Versi dengan paparan PaperMatte pula ditawarkan pada RMB6,499 (~RM3,935), manakala pilihan 12GB RAM + 512GB bersama papan kekunci dijual pada RMB7,699 (~RM4,662). Bagi Standard Version dengan cip Kirin T93, model 12GB RAM + 256GB ditawarkan pada RMB5,999 (~RM3,632). Sementara itu, versi dengan paparan PaperMatte dijual pada RMB7,199 (~RM4,359).
Pelancaran global untuk MatePad Pro 2026 dijangka tidak berlaku. Namun, Huawei telah menawarkan model MatePad Pro Max dengan spesifikasi hampir sama di pasaran global termasuk Malaysia.
Sumber – HUAWEI MatePad Pro 12