Sony Menjual 419 Paten VR, XR dan MR Kepada Meta
Effi Saharudin
Sony mungkin telah menarik diri daripada pasaran set kepala VR, XR dan MR selepas menjual 419 paten global teknologi yang dipegang kepada Meta. Menurut laporan ZDNet Korea, kesemua paten ini telah dipindahkan ke Meta antara bulan Jun hingga September tahun ini.

Paten yang dijual termasuk juga rekaan set kepala dengan persetujuan memindahkan hak paten ditandatangani kedua-dua syarikat pada Disember 2025. Dari lebih 400 paten ini, , 180 adalah paten di Amerika Syarikat dan baki 239 pula paten di China, Eropah, Jepun, Korea dan negara-negara lain.
Sony hanya melancarkan dua PlayStation VR dengan sambutannya agak mengecewakan. Jumlah permainan yang menyokong VR juga sudah semakin berkurangan disebabkan oleh jualan yang kurang memberangsangkan. PlayStation VR2 kemudian dijual dengan potongan harga serta kini boleh digunakan pada PC. Penarik diri Sony daripada dunia VR, XR dan MR memang sudah dijangka selepas mereka menjual perniagaan pengeluaran TV sepenuhnya kepada TCL.
Meta pula sebaliknya dengan meningkatkan penawaran cermin mata pintar serta cermin mata pintar dengan skrin terbina. Mereka baru sahaja melancarkan Meta VR Glasses. yang bersaiz lebih kecil jika dibandingkan dengan Meta Quest dan Vision Pro tetapi menawarkan kemampuan yang sama,.