Cari @ Amanz

Anda mungkin menyedari masalah kelembapan ketika melayari Internet sejak kebelakangan ini. Kelembapan paling nyata dilihat apabila melayari laman dari Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Utara. Ini adalah kerana berlaku kerosakan pada kabel bawah laut  Asia-America Gateway (AAG) berhampiran Filipina sejak 9 Februari yang lalu. Pihak Telekom Malaysia hari ini mengumumkan masalah kelembapan kelajuan internet ini akan berterusan sehingga 6 Mac. Kelewatan memperbaiki kerosakan tidak dapat dielakkan berikutan cuaca buruk dan ketinggian ombak yang berbahaya sekitar kawasan kabel dilaporkan rosak. Pelanggan TM yang mempunyai pertanyaan boleh berhubung dengan mereka terus melalui email [email protected] untuk pelanggan Stremyx  dan [email protected] untuk pelanggan UNIFI. Mereka juga boleh dihubungi melalui lama Twitter rasmi mereka @TMconnects. Jadi bersabarlah dengan masalah yang ada kerana proses dibaikpulih sedang dijalankan. Kerosakan kabel AAG kali ini ialah kali ke enam yang kami sedari sejak 2011. Diharap kali ini pembaikian akan kekal dengan lebih lama dan pengguna tidak akan terasa seperti melayari internet seperti pada tahun 1995.

slow-internet

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd