Cari @ Amanz

Nampaknya, setelah memperkenalkan bar bahagian atas yang serasi bagi kebanyakkan laman-laman Google, kini Google mula menguji perubahan baru pada rekabentuk laman mereka, dimana dengan membuang bar bahagian atas tersebut, sekaligus membawakan kepada evolusi rekabentuk yang baru padanya.

Walaubagaimanapun, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat eksperimental, ianya tidak diketahui samada adakah ianya akan diperkenalkan kepada semua ataupun tida.

Melalui rekabentuk baru yang diuji ini, ia memfokuskan kepada carian, selain pada masa yang sama turut memperlihatkan sokongan integrasi rangkaian sosial Google+ melalui penghujung kanan atas bahagian laman.

Jadi, mungkinkah ianya akan lebih memudahkan penggunaan produk Google, selain pada masa yang sama turut memfokuskan kepada kekuatan utama Google, iaitu carian?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd