Cari @ Amanz

Nampaknya, hari demi hari, lebih banyak aplikasi yang disediakan oleh pihak Nokia untuk pengguna Windows Phone. Terkini, mereka telah pun melancarkan aplikasi baru, dipanggil Counters.

Seperti pada namanya, ia membolehkan para pengguna untuk menguruskan dan mengetahui penggunaan data, serta panggilan dan SMS dengan mudah melalui aplikasi tersebut. Anda juga turut sama boleh menetapkan had penggunaan, sekaligus memberikan anda amaran apabila menghampiri had yang ditetapkan.

Perkara ini semestinya salah satu perkara yang bagus untuk para pengguna pelan pascabayar, sekaligus mengelakkan mereka daripada terpaksa membayar bil mereka secara berlebihan disebabkan tidak boleh memantaunya sebelum ini.

Buat masa ini, ia masih dilabelkan dalam bentuk beta lagi. Namun, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya hari ini terus daripada Marketplace, dan menggunakannya pada peranti Lumia anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd