Cari @ Amanz
Mungkinkah Surface menjadi seperti Xbox yang tidak pernah dilancarkan untuk pasaran Malaysia?

Surface, tablet rasmi daripada Microsoft yang menggunakan sistem operasi Windows terbaru merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna tempatan untuk dilancarkan secara rasminya, dan seperti biasa tiada sebarang tarikh rasmi yang diketahui buat masa ini.

Apabila ditanya berkenaan dengan Surface, Microsoft mengatakan yang mana ia sah dipasarkan secara rasmi di sebanyak enam buah negara sepanjang tahun 2012, dan negara berdekatan dengan Malaysia yang menjualnya secara rasmi buat masa ini adalah Australia.

Salah satu faktor yang mengekang Microsoft daripada menjual ia di pasaran Malaysia, mahupun di pasaran Asia Tenggara buat masa ini adalah kerana ketiadaan Microsoft Store, sekaligus akan menyukarkan pihak Microsoft untuk memberikan sokongan dan jaminan untuk peranti rasmi mereka itu sekiranya berlaku sebaran masalah dan sebagainya.

Buat masa ini, kami masih tidak menerima sebarang komen berkenaan pelancaran Microsoft Store di Malaysia, sekaligus membuatkan pelancaran Surface dalam tempoh terdekat ini adalah agak tipis.

Bagi mereka yang ingin mendapatkannya, mungkin boleh merujuk kepada beberapa kedai yang telah mula menjualnya, namun pada harga yang lebih tinggi – memandangkan ia masih tidak dilancarkan secara rasminya. Selain daripada Surface, mungkin pengguna turut boleh mendapatkan beberapa tablet lain daripada pengeluar komputer lain seperti Asus, Acer dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd