Cari @ Amanz

Yahoo! kini dibawa CEO baru kelihatan mula memfokuskan kepada beberapa perkara utama sahaja, dan lebih kurang seperti pihak Google, mereka turut sama mematikan dan menghentikan pembangunan untuk beberapa perkhidmatan mereka.

Yahoo!

Daripada pengumuman terbaru pihak Yahoo!, lebih kurang lima produk dan perkhidmatan mereka sedia ada, iaitu;

  • Upcoming – salah satu laman yang memudahkan anda mengetahui acara yang sedang dan akan datang dikawasan sekitar anda.
  • Yahoo! Deals – perkhidmatan daripada Yahoo! yang membolehkan anda mencari kupon dan diskaun dari hari ke hari.
  • Yahoo! Kids
  • Yahoo! SMS Alerts
  • Yahoo! Mail & Messenger (Feature Phone) – aplikasi emel dan permesejan Yahoo! untuk pengguna peranti Java ME

Ke semua produk ini akan dihentikan pada 30 April 2013 ini. Selain itu, pihak Yahoo! juga mengatakan mereka akan menghentikan sokongan untuk Yahoo! Mail Classic pada Jun 2013, dan memerlukan semua pengguna menggunakan perkhidmatan Yahoo! Mail yang serba baru.

Jadi, apa kata anda? Adakah produk dan perkhidmatan yang digunakan oleh Yahoo! ini sentiasa digunakan oleh anda, atau tidak memberi sebarang kesan kepada anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd