Cari @ Amanz

Sony sebelum ini telah menggunakan nama kod Project Morpheus untuk pembangunan platform realiti-maya mereka. Hari ini, Sony secara rasminya mengumumkan nama akhir untuk produk mereka tersebut, dimana ia kini dikenali sebagai PlayStation VR.

PlayStation VR

Sony buat masa ini tidak mengumumkan sebarang tarikh berkenaan bilakah ia akan dilancarkan kepada umum. Seperti sebelum ini, Sony menyasarkan untuk memperkenalkan PlayStation VR pada tahun hadapan, 2016.

Beberapa permainan akan dipertontonkan oleh Sony dibawah platform PlayStation VR ini buat masa ini, antaranya termasuk Final Fantasy XIV, Summer Lesson, Dynasty Warriors, dan beberapa yang lain. Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak permainan hadir ke PlayStation VR ini pada tahun hadapan.

PlayStation VR

PlayStation VR

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd