Xiaomi Menghasilkan Mi Pad 2 Yang Berubah Seperti Transformers

Xiaomi Menghasilkan Mi Pad 2 Yang Berubah Seperti Transformers

Diterbitkan pada Apr 5, 2016 oleh .

Xiaomi ialah pengeluar yang terkenal dengan peranti yang dijual pada harga mampu milik. Mereka turut menghasilkan televisyen, penapis air, router dan terkini periuk nasi pintar. Nampaknya mereka juga akan memasuki arena menghasilkan figura aksi. Mereka bekerjasama dengan Hasbro untuk menghasilkan figura aksi Mi Pad 2 yang boleh berubah menjadi robot Transformers Soundwave.

Mi-Pad-2-Transformers-1Gambar Mi Pad edisi Transformers ini diperlihatkan menerusi akaun Twitter rasmi mereka sebentar tadi. Maklumat sama ada ia akan dijual kepada umum atau hanya sekadar figura aksi edisi terhad masih belum diketahui. Kami yakin pengguna di Malaysia pastinya ingin memilikinya. Tetapi pada masa yang sama kami berharap Mi Pad juga dibawa masuk kerana sehingga kini tidak dijual secara rasmi menerusi kedai atas talian mereka untuk pasaran tempatan.

 


TIPS & ULASAN