Carian
P1 Tiada Lagi – Dijenamakan Semula Menjadi webe
April 13, 2016 Aman

Selepas pelbagai desas-desus sebelum ini, hari ini pihak P1 secara rasminya mengumumkan yang mana selepas ini tiada lagi jenama P1 akan digunakan, sebaliknya ia akan digantikan dengan penggunaan jenama baru, iaitu webe.

P1 webe

Webe akan menjadi syarikat telekomunikasi baru yang dimiliki oleh Telekom Malaysia, dan pada masa yang sama mereka turut mengintegrasikan ciri-ciri komuniti. webe masih tidak berkongsi sebarang informasi berkaitan penawaran mereka lagi, dan tidak membuka sebarang ruangan untuk soal-jawab buat masa ini.

P1 sebelum ini telah memulakan perkhidmatan sebagai penyedia perkhidmatan WiMax, sebelum ia diperluaskan ke arena 4G, dan diambil-alih oleh Telekom Malaysia pada September 2014 yang lepas.

Penjenamaan semula P1 ini mungkin sesuatu yang diperlukan oleh P1, memandangkan para pengguna mempunyai pengalaman negatif dengan perkhidmatan telekomunikasi berkenaan, termasuk melibatkan sejumlah pengguna yang disenarai-hitamkan walaupun telah menamatkan akaun P1 mereka.

Bersama-sama pengumuman Webe ini, mereka turut menyentuh mengenai aspek komuniti yang dibawakan oleh Webe berbentuk crowdbacking dalam usaha untuk merealisasikan idea-idea rakyat tempatan yang menerima sokongan pengguna.

Komen