Cari @ Amanz

Samsung Gear S2 ialah antara jam tangan pintar yang cukup kami gemari apabila ia dilancarkan tahun lalu. Rekaan bahagian bazel berputarnya memudahkan kami melakukan navigasi dan mencari aplikasi yang diperlukan. Secara peribadi kami merasakan sistem Tizen yang digunakan berfungsi jauh lebih pantas dan lancar berbanding Android Wear yang kami temui pada Moto 360 2015.

Samsung-Gear-S3-Leak-1Gear S3 dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat. Berkemungkinan besar pada acara yang sama untuk Galaxy Note 6 dan Note 7 pada bulan Ogos. Kini sebuah gambar yang dikatakan Gear S3 tertiris. Dari segi rekaan ia lebih menghampiri sebuah jam tangan biasa dengan tali tali diperbuat daripada logam. Lima buat model akan dihasilkan untuk Gear S3. Sebagai pengguna Gear S2 kami mahukan skrin yang lebih besar, hayat beteri yang lebih panjang, lebih banyak sokongan aplikasi dan paling penting sekali tali silikon yang lebih tahan lasak. Kami sudah membeli dua tali silikon kerana ianya terlalu mudah putus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd