Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note 7 dengan RAM sebesar 6 Gigabyte dan storan 128 Gigabyte tertiris ke arena web awal minggu ini di China. Ini ialah peningkatan dari RAM 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte yang bakal hadir ke Malaysia pada bulan September. Kewujudan versi yang dipertingkatkan ini akhirnya disahkan oleh Samsung. Berita buruk bagi anda ialah ia hanya untuk pasaran China.

Galaxy Note 7 6gb

Mengapa hanya di China? Ini adalah kerana saingan yang amat sengit di negara tersebut. Di China sudah ada beberapa peranti dengan RAM 6 Gigabyte seperti OnePlus 3 dan Vivo Xplay 5. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Samsung menghadapi saingan sengit di China dari pengeluar tempatan. Menurut perangkaan terkini, mereka kini di tempat ke-enam dari segi peratusan pegangan saham. Harga jualan dilaporkan RMB 6088 (~RM 3688) sebuah. Dengan pengenalan model Note 7 dengan spesifikasi lebih tinggi, mereka mungkin dapat memenangi semula hati pengguna China.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd